Pelakon Azar Azmi memilih untuk tidak mengulas lanjut mengenai status terkini suaminya, Mohd. Apri Hazreen Mohd. Sapri yang kini berdepan dua pertuduhan di mahkamah membabitkan dakwaan penipuan.
Menurut Azar atau nama penuhnya Siti Azar Ameerah Azmi, pendirian itu dibuat bagi menghormati prosiding mahkamah yang masih berjalan.
Bab itu memang saya tak boleh nak cakap apa-apa. Sebelum hadir ke mana-mana acara atau berjumpa dengan sesiapa, saya sendiri akan hubungi pihak yang tertentu sekiranya kalau soalan-soalan begini untuk dijawab.
“Jadi, memang tak boleh nak sentuh langsung sebab saya serahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa sebab di bawah kuasa mereka.
“Sebab kes ini masih lagi berjalan dan ini saja yang boleh dikongsi,” katanya kepada Kosmo! Online.
Dalam pada itu, Azar turut menafikan dakwaan kononnya dia mengumpul wang bagi mengikat jamin suaminya.
“Kenyataan yang mana itu? Saya tak pernah keluarkan dan salah dakwaan itu.
“Sekarang ini hanya fokus untuk membesarkan anak-anak,” katanya.

Leave a Reply