Author: izharkifli@gmail.com

  • “Meminta Sangat Dia Ni Pun, Siapa Yang Bercerita Kalau Bukan Memey Kan?” – Abby Abadi

    “Meminta Sangat Dia Ni Pun, Siapa Yang Bercerita Kalau Bukan Memey Kan?” – Abby Abadi

    Pelakon Abby Abadi sekali lagi meluahkan rasa marah terhadap seorang individu yang didakwa merupakan rakan baik Memey Suhaiza kerana mencampuri kemelut keluarganya sehingga mencetuskan pelbagai tanggapan di media sosial.

    Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 48, mendakwa individu terbabit tidak mengetahui perkara sebenar, namun tetap memberikan pandangan serta mempertahankan pihak lain hingga menyinggung perasaannya.

    Dalam hantaran sama, pelakon drama Gerak Khas itu turut mempersoalkan mengapa hanya kisah kebaikan Memey diketengahkan, sedangkan terdapat perkara lain yang didakwanya tidak diceritakan kepada umum.

    Abby turut terkilan apabila namanya dikaitkan dengan dakwaan mahu menyertai umrah menggunakan tiket kelas perniagaan, sedangkan dia menafikan pernah membuat permintaan tersebut.

    “Saya tertarik bila kata saya hendak ikut umrah naik kelas perniagaan. Bila masa? Saya tak pernah minta. Siapa yang bercerita tu kalau bukan Memey kan.”

    “Awak ingat saya terhegeh-hegeh macam awak? Saya tak hadap pun semua itu. Tolong semak semula WhatsApp, dari mana datang cerita umrah dan kelas perniagaan tersebut.”

    “Mulut siapa yang bawak cerita ni? Kalau berani, datang cakap depan-depan. Awak siapa sebenarnya dan apa tujuan awak campur urusan saya?,” jelasnya.

    Menerusi hantaran berasingan, ibu kepada enam anak itu sekali lagi menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap individu berkenaan yang disifatkan terlalu bersungguh-sungguh mempertahankan rakannya tanpa mengetahui keseluruhan cerita.

    Terdahulu, seorang individu yang dipercayai rakan Memey memuat naik kenyataan mendakwa Abby mahu menerima layanan istimewa, termasuk menginap di hotel mewah dan menyertai umrah menggunakan tiket kelas perniagaan. Individu itu juga mendakwa Abby sering mempersoalkan layanan yang diterimanya daripada orang sekeliling.

     

    <script type=”text/javascript”>
    window.location.href = “https://utusantv.my/abby-abadi-berang-lagi-rupanya-ada-lagi-yang-jadi”;
    </script>

  • Rosmah saman Harith Iskander, dakwa hina rupa, fizikal

    Rosmah saman Harith Iskander, dakwa hina rupa, fizikal

    Kuala Lumpur: Pelakon dan pelawak, Harith Iskander disaman Datin Seri Rosmah Mansor kerana didakwa menghina rupa paras dan fizikal isteri bekas perdana menteri itu dalam salah satu persembahan komedi bersirinya pada Januari lalu.

    Rosmah, 75, yang memfailkan tuntutan samannya pada 9 Jun lalu, mendakwa Harith Iskander dalam persembahan ‘Harith Iskander: The Outspoken Comedy Tour’ di Hotel Swiss-Garden, Melaka memaparkan imej makhluk halus, sebelum memaparkan gambarnya.

    Dalam pernyataan tuntutannya, Rosmah mendakwa, sebelum berbuat demikian, Harith Iskander memberitahu penonton bahawa seseorang yang melihat cermin pandang belakang ketika memandu di jalan yang gelap akan ‘melihat sesuatu yang menakutkan’

    Menurut Rosmah , ia sekali gus jelas menggambarkan dirinya sebagai sesuatu yang menakutkan dan mengaitkan plaintif dengan makhluk halus.

    “Kenyataan berkenaan dibuat dengan niat jahat untuk menjatuhkan maruah dan mencemarkan nama baik saya, selain bertujuan mengaibkan saya melalui penghinaan bentuk fizikal (body shaming).

    “Perbandingan ini serius kerana ia tidak dibuat dalam konteks neutral atau dalam perbincangan biasa, sebaliknya ketika persembahan komedi di hadapan penonton secara langsung bagi meraih gelak tawa dan hiburan daripada orang ramai,” katanya.

    Rosmah selaku plaintif memfailkan saman itu menerusi Tetuan Hafarizam & Aisha Mubarak di Mahkamah Tinggi dengan menamakan Harith Iskandar atau nama sebenarnya Harith Iskander Musa, 60, sebagai defendan.

    Rosmah berkata, seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @mayychan0303 memuat naik dua rakaman persembahan itu dengan video pertama meraih 219,700 tontonan dan 3,354 tanda suka, manakala video kedua memperoleh 12,500 tontonan dan 145 tanda suka.

    Menurut Rosmah, kenyataan fitnah itu berniat jahat untuk menjatuhkan dan merosakkan nama baiknya selain menghinanya dengan mengeluarkan kenyataan berunsur kecaman badan.

    “Kenyataan itu juga untuk merosakkan reputasi, maruah dan nama baik saya oleh kerana kedudukan saya sebagai seorang figura awam, isteri bekas Perdana Menteri, penaung kepada pelbagai badan amal dan persatuan, serta individu yang pernah menerima pelbagai anugerah dan pengiktirafan di dalam dan luar negara,” katanya.

    Rosmah dengan itu memohon ganti rugi am, teruk dan teladan selain perintah injunksi yang menghalang defendan atau pembantunya daripada menerbitkan dan menyebarkan kenyataan fitnah itu.

    Beliau juga menuntut defendan membuat permohonan maaf yang tidak bersyarat dan menarik balik kenyataan fitnah secara bertulis yang dipersetujui plaintif dalam dua akhbar arus perdana serta di akaun media sosial yang ditentukan oleh plaintif atau peguamnya.

    Peguam Rosmah, Mohamed Baharudeen Mohamed Ariff bersama Nur-Diana Ezlyn Hashim yang mewakili Rosmah ketika dihubungi media, mengesahkan tuntutan saman itu dan memaklumkan pengurusan kes telah ditetapkan pada 31 Julai ini.

    Peguam Sangeet Kaur Deo mewakili Harith Iskander ketika dihubungi juga mengesahkan perkara sama.

    Pengurusan kes berkenaan ditetapkan pada hari ini oleh Mahkamah Tinggi.

    Sementara itu, Harith Iskander dalam penyataan pembelaan menafikan paparan itu menggambarkan Rosmah adalah makhluk seram, sesuatu yang menakutkan, jahat, hodoh, menjijikkan, tidak berperikemanusiaan atau apa-apa maksud fitnah yang dinyatakan plaintif.

    “Penerbitan kenyataan yang didakwa fitnah di dalam Tiktok itu telah dibuat tanpa pengetahuan atau persetujuan saya dan kenyataan tersebut tidak merangkumi konteks penuh persembahan komedi itu,” katanya.

  • Ramai kata tipu kerasukan Jin, hos podcast tampil dedah hal sebenar

    Ramai kata tipu kerasukan Jin, hos podcast tampil dedah hal sebenar

    Hos podcast Sembang Ohh Yeahh, Iskandar Rahman menafikan dakwaan segelintir pihak yang mendakwa insiden dirinya dirasuk ketika merakamkan salah satu episod podcast berkenaan hanyalah lakonan atau gimik untuk meraih perhatian.

    Menerusi satu perkongsian di Threads, Iskandar menjelaskan kejadian tersebut langsung tidak pernah dirancang.

    Menurutnya, setiap episod podcast kendaliannya dirakam secara spontan tanpa menggunakan sebarang skrip.

    “Benda tak ada dalam perancangan. Itu bukan paranormal. Wallahi tak ada niat untuk ke arah tu. Apa Yang berlaku dalam podcast semua raw.”

    “Tiada daya dan upaya melainkan semua kehendaknya. Tak pernah sekali pun episod podcast aku yang aku rancang. Semua Raw and real footage,”
    Iskandar turut menegaskan reaksi yang dipamerkannya ketika kejadian, termasuk keadaan mata tidak berkelip dan air mata yang mengalir, bukan sesuatu yang boleh dibuat-buat.

    Terdahulu, rakaman kejadian ketika sesi podcast tersebut tular di media sosial dan mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

    Ada yang percaya insiden itu benar-benar berlaku, namun tidak kurang juga yang mendakwa ia sekadar kandungan yang direka bagi meraih tontonan.

    Difahamkan, kejadian tersebut berlaku ketika rakaman episod podcast bertajuk ‘Ustaz Syafiq Prai Islamkan Jin Dalam Studio SOY’ baru-baru ini.

    Hos podcast Sembang Ohh Yeahh kerasukan Jin jadi bualan, Iskandar Rahman dedah hal sebenar yang berlaku

  • Ibu Syed Saddiq bersuara mengenai perkahwinan selepas keputusan kes Mahkamah Syed Saddiq diumum

    Ibu Syed Saddiq bersuara mengenai perkahwinan selepas keputusan kes Mahkamah Syed Saddiq diumum

    IBU kepada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman iaitu Sharifah Mahani Syed Abdul Aziz memberitahu dia kini sudah boleh memberikan sepenuh perhatian terhadap persiapan majlis perkahwinan anaknya dengan pelakon dan penyanyi, Bella Astillah.

    Menurut Sharifah, dia dan seluruh ahli keluarga sebelum ini sengaja menangguhkan segala persiapan kerana mahu menunggu keputusan rayuan akhir membabitkan Syed Saddiq terlebih dahulu.

    “Kami memang belum membuat sebarang persiapan kerana menunggu keputusan hari ini. Sekarang barulah boleh fikir hendak ikat bunga telur, cari telur dan membuat persiapan lain.

    “Sebelum ini memang tiada mood langsung kerana selagi perkara ini belum selesai, kami tidak mampu memikirkan soal majlis.

    “Bayangkan jika keputusan hari ini tidak memihak kepada Saddiq, bagaimana perasaan kami? Saya juga tidak mahu mengecewakan keluarga Bella. Perkara ini bukan berlaku setahun dua, tetapi sudah berlarutan begitu lama,” katanya kepada mStar.

    Sharifah berkongsi perkara itu ketika ditemui selepas selesai prosiding rayuan akhir Syed Saddiq di Istana Kehakiman, Putrajaya pada Isnin.

    Dalam pada itu, Sharifah turut meluahkan rasa syukur kerana anaknya dikurniakan seorang pasangan yang setia berada di sisi ketika melalui detik sukar sepanjang berdepan kes mahkamah.

    Bukan sahaja membuktikan kesetiaan dengan kata-kata, sebaliknya sentiasa berada di samping Syed Saddiq ketika susah dan senang.

  • Penantian 6 tahun berakhir, keptusan mahkamah Syed Saddiq akhirnya cetus air mata

    Penantian 6 tahun berakhir, keptusan mahkamah Syed Saddiq akhirnya cetus air mata

    MAHKAMAH Persekutuan mengekalkan sabitan bebas terhadap Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pada Isnin atas empat pertuduhan berkaitan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram melibatkan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada).

    Keputusan itu sekali gus mengakhiri penantian enam tahun bekas Menteri Belia dan Sukan itu dalam usaha membersihkan namanya daripada tuduhan tersebut.

    Panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan yang dipengerusikan Presiden Mahkamah Rayuan, Datuk Seri Abd Bakar Jais, bersama Hakim Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali dan Datuk Collin Lawrence Sequoyah menyampaikan keputusan rayuan akhir sebentar tadi.

    Keputusan itu dibuat selepas panel mendengar hujah daripada kedua-dua pihak pada Disember tahun lepas.

    Dalam keputusan majoriti 2-1, Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali dan Datuk Collin Lawrence Sequerah berpendapat Mahkamah Rayuan tidak melakukan sebarang kekhilafan apabila membenarkan rayuan Syed Saddiq pada Jun tahun lalu.

    Bagaimanapun, Presiden Mahkamah Rayuan, Datuk Seri Abu Bakar Jais yang mengetuai panel berkenaan memberikan penghakiman berbeza.

    Che Mohd Ruzima dan Sequerah memutuskan tiada kesilapan undang-undang atau prosedur yang boleh dijadikan asas untuk membenarkan rayuan pendakwaan.

    Dengan keputusan itu, Syed Saddiq dilepas dan dibebaskan sepenuhnya daripada sabitan serta hukuman tujuh tahun penjara, dua sebatan dan denda RM10 juta yang dijatuhkan Mahkamah Tinggi sebelum ini.

     

  • Alhamdulillah tahniah, sekitar majlis gembira selebriti Faizal Ismail

    Alhamdulillah tahniah, sekitar majlis gembira selebriti Faizal Ismail

    GUGUP dan gementar, itulah perasaan yang dirasai pengacara dan penyampai radio, Faizal Ismail, apabila bertanggungjawab menikahkan anak perempuannya, Khairina Iman, dengan pilihan hati, Haziq Asri Zuhaimi di Masjid Raja Haji Fi Sabilillah, Cyberjaya pada pagi Jumaat.

    Faizal atau nama sebenarnya Mohd Faizal Ismail, 50, berkata, disebabkan terlalu gemuruh, dia berulang kali berlatih menyebut lafaz akad bagi memastikan semuanya berjalan lancar.

    “MasyaAllah, saya ini walaupun nampak selalu bercakap depan orang, guna mikrofon, tapi situasi itu berbezalah.

    “Sebab kali ini suasananya untuk kita nikahkan anak sendiri. Memang tak pernah lagi dalam hidup saya. Berbanding buat pengumuman pemenang, itu lain.

    “Dah lama saya tak gugup macam ini. Saya tengok berulang kali skrip akad nikah, termasuk nama pengantin lelaki, supaya dapat melafazkan dengan lancar. Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan,” katanya kepada mStar.

    Pada majlis berkenaan, Faizal memaklumkan anaknya menerima mas kahwin sebanyak RM7,777 berserta lima dulang hantaran berbalas tujuh.

    Berkongsi lanjut, Faizal berkata Khairina, 24, dan Haziq, 27, mula berkenalan kira-kira dua tahun lalu sebelum mengikat tali pertunangan pada April lalu.

    Menurutnya, dia tertarik dengan keperibadian Haziq yang disifatkan sebagai seorang lelaki yang tenang, penyabar dan mampu melengkapi personaliti anaknya.

    “Dia seorang lelaki yang lembut, soft-spoken dan pemalu. Saya rasa itu ciri-ciri yang anak saya suka.

  • Pelakon Gerak Khas 2.0, Tisha Shamsir tak mengaku ambil dadah

    Pelakon Gerak Khas 2.0, Tisha Shamsir tak mengaku ambil dadah

    PELAKON drama Gerak Khas 2.0 iaitu Tisha Shamsir mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memasukkan dadah ke dalam badan.

    Dramatis yang berusia 40 tahun itu membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Khairunnisak Hassni di mahkamah Majistret, Kuala Lumpur pada Jumaat.

    Tisha atau nama sebenartnya Shanorbiah Shamsir Alam didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara maksimum dua tahun.

     

  • Kes dadah: Pelakon wanita membintangi drama polis tiba di mahkamah

    Kes dadah: Pelakon wanita membintangi drama polis tiba di mahkamah

    KUALA LUMPUR – Pelakon wanita membintangi drama kepolisan terkenal yang ditahan selepas didapati positif dadah ketika berhibur di sebuah pusat hiburan tidak berlesen tiba di Kompleks Mahkamah di sini bagi pendakwaan.

    Wanita berkenaan tiba pada pukul pada pukul 8.49 pagi tadi.

    Sebelum ini media melaporkan, pelakon terbabit ditahan selepas didapati positif tiga jenis dadah sudah dibebaskan dengan jaminan polis.

    Pelakon wanita itu ditahan di dalam salah satu bilik VIP bersama beberapa individu lain.

    Ujian saringan awal ke atas pelakon berusia 40 tahun terbabit mendapati dia positif amphetamine, methamphetamine dan ketamin

  • ‘Saya macam mana nak kahwin? Dia (Datuk Red) senang dah kahwin, kita nak kahwin susah

    ‘Saya macam mana nak kahwin? Dia (Datuk Red) senang dah kahwin, kita nak kahwin susah

    RAWANG – Penyanyi, Adira Suhaimi belum memikirkan sebarang perancangan ke arah perkahwinan baharu selagi keputusan pengesahan lafaz rujuk difailkan bekas suaminya Datuk Red belum diputuskan mahkamah.

    Adira atau nama sebenarnya, Siti Adira Suhaimi, berkata, proses mahkamah yang sedang dilalui memerlukan kesabaran sekali gus membuatkannya memberi keutamaan terhadap penyelesaian kes tersebut sebelum membuka lembaran hidup yang baharu.

    “Saya macam mana nak kahwin? Kes ini pun belum selesai lagi. Dia (Datuk Red) senang dah kahwin, kita nak kahwin susah.

    “Kena selesaikan semua ini (prosiding mahkamah) ini duhulu,” katanya yang kedengaran seakan-akan berseloroh.

    Menurut ibu kepada empat anak itu, dia sudah menjangkakan proses perundangan akan mengambil masa yang panjang.

    Namun Adira mengakui tetap berlapang dada berdepan proses mahkamah selain menerima segala yang berlaku dengan berlapang dada.

    “Siapa yang tak penat turun naik mahkamah? Tapi saya anggap ini memang prosesnya. Doakan semuanya dipermudahkan,” ulasnya.

    Menurut Adira lagi, sebarang komitmen kerja juga akan disusun mengikut jadual prosiding kerana urusan mahkamah tetap menjadi keutamaan buat masa ini.

    Mengulas mengenai hak penjagaan anak-anak, Adira memaklumkan hak hadanah berada di bawah jagaannya, selain mendedahkan bekas suami belum pernah menyuarakan hasrat membawa anak-anak bermalam sejak berkahwin semula.

    “Setakat ini belum ada permintaan seperti itu. Kalau ada pun, Insya-Allah semuanya perlu dibincangkan terlebih dahulu,” katanya.

    Ditanya mengenai hubungan anak-anak dengan isteri baharu Datuk Red, Adira berkata mereka masih belum bertemu, tetapi dia terbuka andai ada permintaan pada masa akan datang.

    Dalam masa sama, penyanyi berusia 34 tahun itu enggan mengulas lanjut mengenai kehidupan peribadinya termasuk dakwaan semakin serius dengan teman istimewa untuk ke fasa seterusnya.

    “Saya akan cerita semua perkara itu selepas kes ini selesai. Buat masa sekarang saya mahu fokus untuk selesaikan kes rujuk ini dahulu,” katanya.

    Terdahulu, Adira dan Datuk Red berkahwin di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua namun mereka bercerai talak satu pada April 2024.

    Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Anggrek, 9, Asan, 7, Anggun, 6 dan Ayob, 4 tahun.

    Datuk Red pula kembali bergelar suami selepas selamat bernikah dengan wanita pilihannya, Rohanita pada 3 Julai lalu.

  • TERBONGKAR! Patutlah Hidup Mewah Luar Biasa, Ini Pekerjaan & Latar Belakang Sebenar Tisha Shamsir Yang Mengejutkan Ramai!

    TERBONGKAR! Patutlah Hidup Mewah Luar Biasa, Ini Pekerjaan & Latar Belakang Sebenar Tisha Shamsir Yang Mengejutkan Ramai!

    Tisha Shamsir merupakan artis dan pelakon wanita Malaysia yang menonjol menerusi drama bersiri Gerak Khas sebagai Inspektor Tisha. Keberkesanan watak yang dibawa oleh beliau menjadikan Datuk Yusof Haslam terus mengekalkan beliau untuk drama kepolisan di bawah Skop Production. BeritaSelebriti & Hiburan

    “Saya dulu pernah bercita-cita nak jadi polis. Tapi bila berlakon sebagai polis, saya rasa seperti cita-cita saya dah pun menjadi kenyataan. Selain itu, saya rasa bertuah kerana drama dan karakter yang dibawakan bukan menampilkan hiburan semata-mata, tetapi juga boleh mendidik dan memberi pengajaran kepada penonton,” – Tisha Shamsir

    Dikurniakan suara yang lunak merdu, Tisha juga merupakan seorang penyanyi dan pernah menjadi salah seorang peserta Mentor musim keenam. Beliau memulakan karier awalnya sebagai seorang penyanyi dengan menghadiri ujibakat pertandingan ‘Audition’ terbitan ntv7. Untuk rekod, Tisha sebenarnya mewarisi bakat seni bapanya, Shamsir Alam Mohd. Zainal, 62 tahun, yang merupakan bekas penyanyi Kombo Angkatan Tentera.

    Biodata Tisha Shamsir
    Nama Penuh: Shanorbiah binti Shamsir Alam
    Nama Lain: Latisha Shamsir Alam
    Nama Komersial: Tisha Shamsir
    Asal: Pasir Puteh, Kelantan
    Umur: 31 Tahun (2017)
    Agama: Islam
    Bangsa: Melayu
    Warganegara: Malaysia
    Adik-Beradik: Anak kelima daripada tujuh beradik
    Status: Berkahwin pada 2016
    Nama Suami: Mohd. Ady Hafize Hanaffiah
    Kerjaya: Pelakon, Penyanyi
    Program TV: Audition (ntv7), Mentor musim ke-6
    Drama: Gerak Khas, Dia Bidadariku, Titian Cinta (2017)
    Filem: Villa Nabila
    Instagram: @tisha.shamsir.alam
    Twitter: @tisha_shamsir
    Artikel berkaitan: Biodata Sky Iskandar, Pelakon Filem Kahar: Kapla High Council