Category: Uncategorized

  • Anak Rita, Airit Rayyan Cakap ‘Tak Kenal’ Bapa Buat Ramai Terkejut Sampai Rita Rudaini Terpaksa Jawab

    Anak Rita, Airit Rayyan Cakap ‘Tak Kenal’ Bapa Buat Ramai Terkejut Sampai Rita Rudaini Terpaksa Jawab

    Pelakon, Rita Rudaini tidak dapat menahan rasa geli hati apabila membaca respon anak sulungnya, Airit Rayyan Rizqin yang tular selepas memberi jawapan spontan mengenai bapanya.

    Menerusi Threads, Rita mengakui dia tergelak melihat komen yang ditinggalkan Airit Rayyan namun dalam masa yang sama menegaskan bahawa dia tidak pernah mengajar anaknya untuk memberi jawapan sedemikian.

    “Allahu. Tapi slay anak mommy. Izinkan saya gelak guling-guling. Sorry, saya tak ajar tau,” komennya.

    Terdahulu, Rayyan menyorot perhatian selepas membalas komen seorang individu yang mengaitkan kejayaannya dengan bapanya yang juga pemain bola sepak, Aidil Zafuan.

    Tidak melatah, Airit dengan tenang membalas komen tersebut dengan mempersoalkan siapakah individu yang dimaksudkan oleh pihak berkenaan.

    Sebelum ini, Rita menegaskan kejayaan Airit yang mencipta rekod baharu dalam acara 110 meter lari berpagar tidak mempunyai kaitan dengan bekas suaminya.

    Rita menjelaskan bahawa dia membesarkan anak-anaknya sendiri tanpa bergantung kepada bantuan bekas suami.

     

  • Respon Airit Rayyan ‘Tak Kenal’ Bapa Raih Perhatian, Rita Rudaini Respon Macam Ni

    Respon Airit Rayyan ‘Tak Kenal’ Bapa Raih Perhatian, Rita Rudaini Respon Macam Ni

    Pelakon, Rita Rudaini tidak dapat menahan rasa geli hati apabila membaca respon anak sulungnya, Airit Rayyan Rizqin yang tular selepas memberi jawapan spontan mengenai bapanya.

    Menerusi Threads, Rita mengakui dia tergelak melihat komen yang ditinggalkan Airit Rayyan namun dalam masa yang sama menegaskan bahawa dia tidak pernah mengajar anaknya untuk memberi jawapan sedemikian.

    “Allahu. Tapi slay anak mommy. Izinkan saya gelak guling-guling. Sorry, saya tak ajar tau,” komennya.

    Terdahulu, Rayyan menyorot perhatian selepas membalas komen seorang individu yang mengaitkan kejayaannya dengan bapanya yang juga pemain bola sepak, Aidil Zafuan.

    Tidak melatah, Airit dengan tenang membalas komen tersebut dengan mempersoalkan siapakah individu yang dimaksudkan oleh pihak berkenaan.

    Sebelum ini, Rita menegaskan kejayaan Airit yang mencipta rekod baharu dalam acara 110 meter lari berpagar tidak mempunyai kaitan dengan bekas suaminya.

    Rita menjelaskan bahawa dia membesarkan anak-anaknya sendiri tanpa bergantung kepada bantuan bekas suami.

     

  • Didakwa Kumpul Wang Untuk Ikat Jamin Suami, Azar Azmi Bersuara

    Didakwa Kumpul Wang Untuk Ikat Jamin Suami, Azar Azmi Bersuara

    Pelakon Azar Azmi memilih untuk tidak mengulas lanjut mengenai status terkini suaminya, Mohd. Apri Hazreen Mohd. Sapri yang kini berdepan dua pertuduhan di mahkamah membabitkan dakwaan penipuan.

     

    Menurut Azar atau nama penuhnya Siti Azar Ameerah Azmi, pendirian itu dibuat bagi menghormati prosiding mahkamah yang masih berjalan.

     

    Bab itu memang saya tak boleh nak cakap apa-apa. Sebelum hadir ke mana-mana acara atau berjumpa dengan sesiapa, saya sendiri akan hubungi pihak yang tertentu sekiranya kalau soalan-soalan begini untuk dijawab.

     

    “Jadi, memang tak boleh nak sentuh langsung sebab saya serahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa sebab di bawah kuasa mereka.

     

    “Sebab kes ini masih lagi berjalan dan ini saja yang boleh dikongsi,” katanya kepada Kosmo! Online.

     

    Dalam pada itu, Azar turut menafikan dakwaan kononnya dia mengumpul wang bagi mengikat jamin suaminya.

     

    “Kenyataan yang mana itu? Saya tak pernah keluarkan dan salah dakwaan itu.

     

    “Sekarang ini hanya fokus untuk membesarkan anak-anak,” katanya.

  • Marissa Dania Jawab Isu Buat ‘Live’ Di Akaun Memey Suhaiza, Tak Support Ibu Kandung

    Marissa Dania Jawab Isu Buat ‘Live’ Di Akaun Memey Suhaiza, Tak Support Ibu Kandung

    Marissa jawab teguran netizen selepas dikritik buat live di akaun Memey.

     

    Nama pempengaruh Marissa Dania sekali lagi menjadi perhatian netizen selepas dia dilihat muncul dalam sesi live menerusi akaun Memey Suhaiza untuk urusan jualan sempena kempen 7.7.

     

    Perkara itu mencetuskan pelbagai reaksi apabila ada yang mempersoalkan tindakannya meneruskan live ketika isu keluarga sedang hangat diperkatakan di media sosial.

     

    Netizen persoal Marissa buat live di akaun Memey

     

    Menerusi beberapa perkongsian di Threads, ada netizen menyindir Marissa kerana dikatakan tetap membantu perniagaan ibu tirinya walaupun sedang terpalit dengan kecaman orang ramai.

     

    Seorang pengguna turut mendakwa Marissa kelihatan tidak terkesan dengan isu yang sedang berlaku kerana masih meneruskan sesi live seperti biasa.

     

    marissa dania

    Tidak kurang juga ada yang menyifatkan tindakan itu kurang sesuai memandangkan isu berkenaan sedang panas diperkatakan.

     

    Marissa balas teguran netizen

    Tidak berdiam diri, Marissa tampil membalas beberapa teguran netizen berhubung isu tersebut.

     

    Menurut Marissa, kehadirannya dalam sesi live itu adalah atas urusan kerja dan bukan bermaksud dia mahu mencampur adukkan hal peribadi dengan urusan profesional.

     

    Marissa juga menjelaskan bahawa kempen jualan 7.7 itu bukan sesuatu yang dibuat secara tiba-tiba, sebaliknya sudah dirancang lebih awal.

     

    Dalam balasan lain, Marissa sekali lagi menegaskan supaya orang ramai tidak mencampurkan hal kerja dengan isu peribadi.

     

    “Masa saya promote tak nampak”

     

    Marissa turut membalas dakwaan yang seolah-olah mempertikaikan usahanya sebelum ini.

     

    Menurutnya, ketika dia membantu promosi, membuat live atau menghasilkan content, perkara itu tidak pula dipandang oleh orang ramai.

  • Rupanya identiti pelakon tersebut ialah

    Rupanya identiti pelakon tersebut ialah

    Seorang pelakon wanita berusia 40-an yang terkenal dengan drama kepolisan ditahan polis pada 7 Julai 2026 kerana positif dadah jenis methamphetamine. Dia diberkas bersama 17 individu lain di sebuah pusat hiburan di ibu negara, dengan ujian saringan turut menunjukkan pelakon itu positif amphetamine dan ketamin

  • Terpalit Isu Abby Abadi & Marissa Dania, Netizen Puji Memey Suhaiza Kekal Tenang – “Kagum Dengan Dia…”

    Terpalit Isu Abby Abadi & Marissa Dania, Netizen Puji Memey Suhaiza Kekal Tenang – “Kagum Dengan Dia…”

    Wargamaya memuji sikap pelakon dan usahawan Memey Suhaiza, yang disifatkan sangat tenang biarpun menjadi sasaran berikutan terpalit dengan isu melibatkan anak tirinya Marissa Dania Hakim dengan ibunya, pelakon Abby Abadi.

    Sikap Memey yang langsung tidak pernah melayan sebarang bentuk kecaman masyarakat sejak dulu amat dikagumi warganet, kerana menurut mereka tidak ramai orang memiliki sifat sabar seperti aktres itu.

  • Peguam Sahkan Suspek Tikam Pelajar Di Sekolah SMK Banting Adalah OKU, Ini Yang Akan Terjadi

    Peguam Sahkan Suspek Tikam Pelajar Di Sekolah SMK Banting Adalah OKU, Ini Yang Akan Terjadi

    Seorang pelajau perempuan berusia 15 tahun direman selama empat hari bermula Selasa bagi membantu siasatan kes tikam rakannya di sebuah sekolah di Kuala Langat.

    Kes ini sebelum ini mengejutkan warga sekolah apabila seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga dilaporkan cedera selepas ditikam di beberapa bahagian badan pada pagi Isnin.

    Suspek direman empat hari

    Perintah reman terhadap suspek dikeluarkan oleh Majistret Maslinda Selamat di Mahkamah Telok Datok. Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintenden Mohd Akmalrizal Radzi mengesahkan tempoh reman itu dan memaklumkan siasatan lanjut masih dijalankan.

    Peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, S Vijeswari Devi turut memaklumkan bahawa suspek merupakan orang kurang upaya.

    Anak guam saya adalah autistik. Itu sahaja yang boleh saya katakan.- Katanya.

     

     

  • Hello world!

    Welcome to WordPress. This is your first post. Edit or delete it, then start writing!