Seorang pelajau perempuan berusia 15 tahun direman selama empat hari bermula Selasa bagi membantu siasatan kes tikam rakannya di sebuah sekolah di Kuala Langat.
Kes ini sebelum ini mengejutkan warga sekolah apabila seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga dilaporkan cedera selepas ditikam di beberapa bahagian badan pada pagi Isnin.
Suspek direman empat hari
Perintah reman terhadap suspek dikeluarkan oleh Majistret Maslinda Selamat di Mahkamah Telok Datok. Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintenden Mohd Akmalrizal Radzi mengesahkan tempoh reman itu dan memaklumkan siasatan lanjut masih dijalankan.
Peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, S Vijeswari Devi turut memaklumkan bahawa suspek merupakan orang kurang upaya.
Anak guam saya adalah autistik. Itu sahaja yang boleh saya katakan.- Katanya.

Leave a Reply